KEDUABELAS : CARA MENINGKATKAN VISITOR DI BLOG ANDA
Bagaimana cara untuk kita mendapat jumlah visitor yang banyak? sedangkan saya ada blogger baru belajar, mesti yang terfikir oleh anda bahwa mendatangkan pelawat di blog sangatlah susah kerana tidak mungkin blog yang baru dibuat sudah ada yang melawat. Melainkan anda mempunyai forum yang mana forum anjuran anda tadi mengenai blogger, cara-cara membuat blog, tips dan tri dan sebagainya sampailah pada part pengumpulan para blogger sedunia misalnya. Jika anda yang membuat forum tadi maka visitor anda akan datang secara automatik kerana sudah pasti disamping anda yang membuat forum kumpulan blogger sedunia tadi link blog anda telah dipromote terlebih dahulu? kesempatan seperti itulah yang harus para blogger keluarkan agar di blog anda mendapat jumlah pelawat yang banyak.
Menurut BBB jika anda ingin membuat seperti forum di atas tadi, anda sebaiknya harus mempunyai asas dalam segala hal khususnya yang berkaitan dengan website. Dengan pengetahuan seperti itu, anda dengan mudah untuk mengubah atau menambah dari apa yang anda mahu.
Selain dari cara tadi, masih banyak lagi cara yang membuatkan blog anda meriah dengan ramainya pengunjung setiap hari. Caranya tidak susah, asalkan anda menjadi seorang blogger yang rajin pasti setiap hari anda akan mendapat pengunjung malah pengunjung tadi kemungkinan akan menjadi visitor tetap anda, siapa tahu? Selama BBB berblog, ada beberapa rahsia yang ingin BBB kongsikan bersama di sini tentang bagaimana cara untuk meningkat visitor di blog yang baru dibina. Pokok masalahnya adalah, anda harus rajin.
1.) Konten @ Entry @ Posting anda mestilah bermanfaat, sebaiknya entry yang akan anda post nanti biarlah suatu yang baru, berita yang susah dicari orang, boleh juga trik-trik tentang apa sekalipun, dunia sekarang orang lebih memandang pada dunia IT, jadi bagi anda yang mahir dalam trik-trik dunia IT seperti bagaimana cara untuk HACKING? keyword itu sangat panas di mata dunia apatah lagi trik yang anda kongsikan sangat berkesan. BBB boleh kata Insyaallah pelawat tersebut secara automatik akan follow blog anda.
2.) Blog anda biarlah sebuah blog yang unik dan mudah di buka, walaupun yang datang ke blog anda itu Internet Connection dia agak lambat pon boleh juga bukak blog anda. Jika berat loading anda seperti itu, pasti akan ramai lagi pelawat yang pernah datang akan datang kembali. Jadi bagaimana membuat blog yang unik seperti itu?
- Kurangkan pemakaian Gadget.
- Kurangkan penggunaan gambar.
- Gunakan fungsi Hide & Show di blog anda pada blogger list yang begitu banyak.
- Kurangkan penggunaan warna yang begitu pekat, seperti merah dan hitam, biru gelap dan biru terang.
- Sebaiknya, pada halaman yang awal @ Home, aturkan supaya hanya 3 @ 2 sahaja. (kita akan bahas ini)
- Kurangkan penggunaan video yang terpapar secara langsung.
3.) Blogwalking, istilah blogwalking ini dari para blogger yang rajin ke blog orang lain dalam usahanya untuk bertukar link antara satu dengan lain. Seperti yang BBB sudah katakan di atas tadi, rajin adalah pokok masalah jika anda ingin meningkatkan pengunjung di blog anda. Jika ada orang yang datang ke blog anda kemudian says Hello atau sebagainya di kotak shoutmix anda, (kita sudah bahas mengenai wigdet ini) itu bererti blog anda sudah dikunjungi orang, ataupun di widget yang mengesan setiap dari pengunjung yang datang seperti feedjit. Bercakap mengenai blogwalking tadi, ada beberapa cara yang efektif menurut BBB yang boleh anda cuba.
- Name : letakkan nama anda.
- Website : letakkan URL dari Entry anda yang terbaru.
- Message : Sila katakan apa yang anda rasa blog yang anda lawat itu boleh kembali datang ke blog anda.
Pada website form, mengapa BBB menyuruh anda letak link dari entry terbaru anda? kerana jika blog anda di halaman Home ada tiga page terpapar, maka loading di blog anda akan menjadi lambat, visitor akan boring dan pasti blog anda akan di close begitu sahaja. jadi jika anda meletakkan link dari entry terbaru, maka visitor hanya akan membaca dan membuka blog anda di entry yang satu sahaja. Maka visitor tidak lama menunggu dan jika visitor itu berminat dengan entry terbaru anda, pasti visitor tersebut akan meninggalkan comment. Pada message pula, sebaiknya anda letakkan message yang menarik perhatian admin blog yang anda lawat tadi supaya dia akan menarik untuk datang ke blog anda pula. Jangan anda sering menggunakan ayat yang sama pada satu-satu blog yang sama kerana jika admin blog tersebut mengetahui bahwa anda melakukan spam, pasti dia tidak akan memandang blog anda lagi.
4.) BBB sarankan anda supaya meninggalkan komen pada blog yang anda ingin ia menjadi rakan anda, tidak hanya komen di shoutmix tetapi comment juga di bahagian comment entry terbarunya. Jika dia melihat anda sering meninggalkan comment setipa dari entrynya, anda tidak perlu risau lagi bahwa dia tidak akan datang kerana dia berminat dengan sikap anda yang rajin dan ingin menjadi sahabat di dunia blogger.
Sebenarnya masih banyak lagi tips-tips dan trik yang sangat berguna untuk anda menigkatkan visitor di blog anda, silakan anda melakukan research sendiri di google dengan keyword " cara meningkatkan visito di blogspot". Tereskan dengan membaca tutorial dari BBB berjudul ATURAN YANG BAIK UNTUK BLOG ANDA.
0 comments:
Post a Comment